Thursday, 3 December 2015

Apa nak buat lepas SPM ?

Assalamualaikum

Syukur. SPM dah habis ! I'm getting old !


eh Diba. tak yah suka sangat lah. Kau masih dalam tahanan. Nanti result yang akan jamin kau. Tahu ? 


Ape puun Diba sungguh happy. Waaaa. Study sampai nak rak. Meja pun sampai roboh. Untung masatu ngam ngam last exam.





Haaa. Nampak tak tuu ? Well. Alasan paling munasabah. "Meja dah tua la kak, sejak zaman kau lagi." 

Okay. Back to the topic. Mentang-mentang dah habis SPM. kau lepas je segala benda untuk pemeriksa ya ? Penanda tu manusia jugak. Dia ada feeling. Kalau time mood dia down, habis lah kaaaau. Kau kena ingat, yang menentukan segalanya tu Allah. Tuhan sekelian alam. Kau kena usaha even dah habis sekali pun. Apa yang korang kena buat after SPM ?
  1. Doa banyak- banyak. Doa mintak penanda tu lembut hati nak bagi markah. Lembut hati nak tanda kertas kita.  Mak Diba selalu pesan. Cikgu pun selalu pesan. 
  2. Solat Hajat. Yes. That's it. Kau mintak lah apa yang korang nak. InsyaAllah, kalau benda baik Allah makbulkan.
  3. Tawakal. Dah doa sepanjang exam. Dah usaha time exam. Dah ikhtiar time hantar paper. Sekarang turn tawakal pulak. Korang mesti tahu kan pasal D U I T . Doa. Usaha. Ikhtiar. Tawakal.
  4. Don't riak. Allah boleh tarik jee apa-apa dari kau on the spot.
  5. ... Buat apa-apa yang baik...
Hmm. So how ? Benda biasa korang dengar kan ? Yaa. I know. Diba pun sepatutnya buat macam tu jugak kan ? I know. Hmm.

Pesanan dari guru-guru Diba:

"Nanti time ambik result. Saya tak nak jumpa kamu semua menangis nangis. Sedih-sedih. Kamu dah usaha. Mana tahap kamu usaha. Itu yang selayaknya kamu dapat."
Cikgu Math and addmath

"All the best for today and tomorrow. Doa banyak-banyak." 
Cikgu BI

"Nanti kalau Biology dapat A. Jangan lupa bersyukur dulu. Baru jumpa saya."
Cikgu Bio

"What you give to your guys, you'll get back."
Cikgu kaunseling

Okay lah. Tu je yang Diba mampu kongsi. Banyak je sebenanrnya nak dikongsikan. Tapi nanti nanti ya. Thank you guys.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Comment Anda