Wednesday, 31 December 2014

#2015 wishlist

Assalamualaikum

#2015 wishlist

wahh... hari nii 31 december 2014 ! esok, 1 januari 2015 !

kurang dari 1 jam untuk ke tahun 2015. From now. 2313

and.. I'm one of the SPM candidates. yaaa. SPM.

dahh nampak dahh kain langsir nak tutup tahun 2014. hahahaaaa. merepek.

Tak semua orang buat wishlist untuk tahu baru kan ? I'm one of them. Tapi, kali ni Diba nak buat wish and hope. haaaaa. gempak tak ? heheee~

Wishes and Hope

- I want to be a super duper good girl.
- Diba nak tambah ke"ego"an Diba. 
- Diba nak study awal awal biar tak terkejar kejar time dah dekat exam. Hope so.
- Addmath ! Jadi lah boyfriend Diba ! Hope so too
- I wish 2015 make my life more beautiful. 

Warna warni kehidupan 2014 insyaAllah takkan Diba lupakan. May Allah bless us. Panjang umur diba post entry baru. Assalam.. :)


Tuesday, 16 December 2014

wahai hati

Assalamualaikum


Entry baru ! Entry baru ! Lelong lelong ! [sila ketawa]

and now. Dibaa nak share pasal HATI. yaaa. hati. kenapa hati ? sebab hati kita ada banyak rasa. such happy, sedih, suka duka,terluka, terobek, patah hati semua semua tu.

okay. daripada melayang jauh. Jom jom baca

Diba sebenarnya cuma nak luahkan je apa yang Diba rasa bila dapat tahu crush Diba ada girlfriend dah. Memang sedih laa. Rasa macam 'wow'. kitorang kawan dah lama dah. 4 tahun dah. seriously, dia memang tak kacak. tapi, hati dia kacak, hati dia handsome. Dia pandai jaga hati Diba. Dia je tempat Diba bercerita. and, after 3 years, Diba jadi stalker facebook dia. instagram dia. wechat dia. and... dapat la jawapan nya.

Nak di marah tak boleh. nak di jealous tak boleh. sebab apa ? sebab dia bukan sesiapa Diba. Dia cuma kawan Diba. dan Diba tahu kedudukan Diba. For you all yang alami benda yang sama, jangan lah nak marah marah si dia. dia tak bersalah. dan jangan rosakkan persahabatan korang. biar kan dia. buat buat tak tahu je.

perjalanan hidup korang masih panjang. sama macam Diba. cari lah orang yang lebih baik. yang ada dekat dengan kita bila kita susah. ""Cari orang yang mencintai kamu bukan orang yang kamu cintai"". ayat mavelous.

alhamdulillah. I found a good one. yang sangat sangat hargai Diba. yang jadi diri sendiri dengan Diba. yang selalu sangat buat Diba happy. belum pernah sakiti hati Diba. sangat memahami Diba. dan.. yang ada di samping Diba untuk bangkitkan Diba yang jatuh tersungkur kerana cinta. hahahahaa. and.dia sangat pandai menyorokkan perasaan cemburunya. I know it lah you. thank you wehh. aku bangga dengan kau ! a big clap for you. 

Tapi, kenaa ingat yaa. jangan lah letak kan harapan yang besar untuk dia. nanti frust lah menangis lah itu lah ini lah. sebab, belum tentu dia setia. segala janji manis mungkin akan jadi pahit. be strong kalau korang jatuh kerana manusia. Allah ada sentiasa. ingat tu.

Sekian.

Wednesday, 10 December 2014

Renungan Di Malam Hari

Assalamualaikum

Dibaa copy from facebook. Tersedih pulak baca ceriita ni. Hmm.Jemput yaa.

SEDIH...!SEDIH..!SEDIH..!
Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya. Ditatap isinya,


“Salam. Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan. Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu? Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. 

Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil. Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar. Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu. Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya- tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti. Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi. Abah tak minta banyak… Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini. Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan. Maafkan abah atas segalanya.”

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.


Hargai orang tua kita selama dia masih hidup...kadang kala kita terlalu sibuk dengan kerja...sampaikan kita lupa akan dia yg membesarkan kita...memberi pendidikan utk kita bekerja..mengajar kita berjalan utk bekerja



JANGAN NANTI ANAK KITA AKAN MELUPAKAN KITA SEPERTI MANA
KITA LUPAKAN IBU BAPA KITA

Friday, 5 December 2014

"Deep !"

Assalamualaikum

Today, I would like to talk about.... Cewaaaah !

Hahaha. tadee lahh. sajaa nak share something nii. 

Nak tahu ? Bacaa lahh dulu.

Macam nii....

Ada laaa satuu hari tu kan, Diba berbual dengan kawan Diba sorang ni. Bukan mengumpat ehh. Bukan mengutuk ehh. Sajaa bual kosong.

Tiba tiba. Dia keluarkan ayat ni "Pretty is not something without brain."

Macam pelik jugak diaa cakap macam tu. Tak pernah pernah nak keluarkan ayat kias kias ni. And, kawan Dibaa yang lagi sorang ni tanya laa, apa maksudnya kan. Pastu, dia senyum jee.

Dia cakap lagi "Talking is nothing without doing"

Yang tu kitorang faham la.Sebab dah selalu dengar

Dia cakap lagi "Don't judge the book by it's cover"

Yang tuu dah terang terangan kitorang faham.

Patu, dia kata "relate kan"

And ? kitorang tak faham apa laa.

Pastu, dia kataa "Aku tak ada maksudkan apa apa laa. Sajaa nak test English."

Haih. Memang betul lah kawan Diba sorang ni.

Thursday, 4 December 2014

Wajah Baru

Assalamualaikum


Wuu yeah !

Lamaa dah tak berblogging. Fuhh. Bersawang. Berhabuk. Banyak labah-labah.

And.. now. blog Diba berwajah baru. On the way mengedit sikit sikit.

Taaapi, Dibaaa dah cubaa nak edit ituu and ini, taapi, tak menjadi pulak. Agaknyaa kurang kesungguhan lahh kot.

I will try my best. Huaa huaaa.

Btw, happy December !

Ajak laa family korang pergi jalan jalan makan angin. Mengeratkan hubungan kekeluargaan tu bagus.

So, that's all.

Thursday, 2 October 2014

Cara Atasi Perasaan Marah

Assalamualaikum



Ehem ehem
hai readers sekaliaaaaan.

Atasi perasaan marah anda !

begini yaaaa. caraa ni semuaa dibaa dah pernah buat dah. Taapi, adaa yang berkesan dan adaa yang tak. Base on the problem laa sebenarnya.

Mehh sinii.. Bacaa, hayaati, daaaaan. Gunakan. :)

1. Zikir banyak banyak. - As a Muslim, kitaa prlu utamakan cara ni. Ingat Allah. Zikir. Ucap  Astaghfirullah. Biasaa nyaa, cara ni berkesan untuk Dibaa.

2. Diam. - Jangan berkata kata bila anda tengah marah keranaaaaa ditakuti bilaa anda      bercakap, orang lain akan terasaa dengan cara kita. Dibaa pernah bersuara time                  dibaa tengah marah. And, the result is, kawan Dibaa ni pulak terasaa. So, bilaa                    diaa dah terasaa, cepat cepat cakap MAAF.

3. Luah kan dekat orang yang dipercayai. - Biasaanya, kitaa boleh share dekat kawan pasal masalah kitaa kan ? Biasaa kalau perempuan share dekat perempuan kan ? Lelaki share     dekat lelaki kan ? Taapi, Dibaa biasaanyaa luahkan dekat lelaki, sebab, kawan kawan Dibaa yang lelaki semuaa lbih dibaa percaya berbanding dengan perempuan. So, share lah  masalah  anda dekat sesiapaa yang anda betul betul percaya.

4. Senyum. - Senyum benda paling mudah untuk kurangkan beban di hati, kurangkan           sedikit rasa tertekan sebab masalah. Senyum sikiiiit :)

5. Conteng kertas. - Haaa, bendaa ni selalu dibaa buat, sebaaaab, bilaa dibaa marah, dibaa tak pandai nak berkataa kataa. So, kertas A4 biasa nyaa jadi mangsa.

6. Selfie. - Hahaha. caraa ni dibaa belum pernah cubaa. Sebab apaa selfie ? Sebaaab,          bilaa kiita  brselfie kan, kitaa mesti tengok balik gambar yang kitaa ambil kan ?  betul tak ? tipuu kalau korang kata tak. Lepastu, korang akan dapat tengok betapaa "LAWA"nyaa muka korang bila marah. Hahahaa. yangg ni gurau gurau jee. Tapi, tak salah kalau mencuba.

PERHATIAN ! 

JANGAN pernah bermasam mukaa.
SEBAB nanti hilang kemanisan muka tu

JANGAN lepas kan geram dekat orang, contohnya marah orang tu even tuu bukan salah dia
SEBAB nanti orang tu akan berkecil hati dekat kita

JANGAN lari dari masalah
SEBAB kitaa tak boleh lari dari masalah, walau lari 1000 batu pun, blum tentu masalah tu tak kejar kita balik.

JANGAN pecahkan barang, hempas atau rosakkan.
SEBAB kesian barang barang tuu, jadi mangsa keadaan.


me

Saturday, 30 August 2014

Kenali Orang Yang Mencintai Kamu Dalam Diam

Assalamualaikum




Haa. entry kali ni pasal cintan cintun. Maybe agak tak sesuai untuk Diba post entry pasal cinta cinta ni. Kenapa ? Sebab, Diba still pelajar sekolah.

Adakah Diba dilamun cinta ? ehh.. rahsiaa lah. hahaha :D :D okay. tak lawak.

daaaan, tak semua dalam entry ni betul.

AMARAN ! entry kali ni panjang.

1Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.

2Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli ! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik.


4Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari, adakah kamu sihat atau tidak.

5Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca, kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu.


10Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.



Minyak Wangi - tanda dia suka kamu
jam tangan - dia suruh anda mengingati dia selalu
coklat - menunjukkan kamu yang paling manis di matanya

**sekadar suka suka**


13Orang yang mencintai kamu akan gugup atau kaku di hadapan kamu. Kerana, dia tak mampu nak kawal degupan jantungnya.


14Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu. 

15Jika suatu saat kamu ingin keluar bersama rakan, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu.

16Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’ 

17Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL . Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala


20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu buat buat tak faham. Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

21Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

22Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

23Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.




"jangan pergi tinggalkan aku kerana kelemahanku,
jangan mendekati aku saat aku ada kelebihanku."

jangan tersalah pilih cinta ya kawan !

me

Sunday, 29 June 2014

Tips Pemakanan Sahur dan Berbuka

Assalamualaikum




First of all, Diba nak ucapakan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak :)

So, bersempena bulan mulia ni, Diba nak share Tips Pemakanan Sahur dan Berbuka..
  1.  Besederhana ketika berbuka puasa, makan dalam hidangan kecil tetapi lebih kerap.
  2.  Mulakan dengan kurma dan makanan ringan. rehat sebentar untuk menunaikan solat maghrib, lepastuu, baru makan hidangan utama sebelum solat tarawih.
  3. Berhenti makan sebelum tidur untuk memberikan sistem pengahadaman cukup masa rehat.
  4. kurangkan menerima pelawaan berbuka puasa d luar.
  5. kurangkan pengambilan makanan pedas, berempah dan mengandungi asid belebihan sebab akan menyebabkan iritasi saluran penghadaman [apa itu iritasi? Diba pun tatawu]
  6. minum banyak air masak. Paling kurang 2.5 liter.
  7. Lengkapkan keperluan nutrien.
THE END

me


Sunday, 22 June 2014

Formula Fizik (menyanyi)

Assalamualaikum

Dear readers sekalian especially yang form 4 dan form 5 yang ambil aliran sains tulen

Diba tawu, formula susah nak ingat dan hafal kan?

So, daripada nyanyi lagu yang selalu anda nyanyi, cuba nyanyi lagu ni :


Ni jee sebenarnyaa yang Diba nak kongsi, Semoga bermanfaat :)

me

Wednesday, 11 June 2014

Kenapa?

Assalamualaikum


Ya Allah...

Kenapaaa?
Kenapa kawan Diba berubah tiba tiba?
Kenapa dia dah tak tegur Diba macam dulu?
Kenapa dia dah berubah?

Aku rindu dia yang duluu
rindu dia yang sentiasa buat aku tersenyum
rindu perangai dia yang gila gila
rindu perangai dia yang sporting habis
rindu nak tengok dia bergurau semuaaa

Kenapaa tetibe jee?
Let me tell youu..
aku sayang kau macam aku sayang kawan kawan akuu yang lain, aku rindu nak bual bual dengan kau, aku rindu nak kau tegur akuu macam kau tiap tiap hari tegur aku.. aku rindu nak kongsi cerita sesame,  Salahkah aku Ya Allah?

Kawan, aku haraaaap sangat kau tak berubah, aku tawu, mungkin akuu ade buat salah, maafkan akuu. Kau kawan yang pernah aku ada time aku tengah susah, kau selalu bagi nasihat kat aku, kita selalu share masalah sesame kan? 

Yes, ramai orang anggap kitorang ni "special".. Tapi, kami hanya kawan sahajaa. 
Gelisah ! Resah ! Susah hatiii !!

Kenapa orang cepat sangat berubah? Dunia Dunia

me